Monday 30 May 2011

Haruskah..

Kadang-kadang kaum lelaki sudah tahu wanita ini sememangnya emosional. kadang-kadang over react perempuan ini kalau sesuatu terjadi dengan pakwe. bergaduh sikit terus nak off hp. delete no.remove fb friendslist. Come on babe.. Be Matured k.. hehe Adess. Semua nak buat. Kalo boleh gift yang pakwe bagi tu terus nak campak erk kat muka dia orang. kan.. kan.. Cik Kila pun sama la. tp cover-cover la  juga..paling kuat pun muncung aje lebih.. ececece ye ke.. hehe.. Tetapi kaum lelaki ni tahukan perempuan ini sensitif. tak mahu pulak pujuk. aduhai. Awatyer ego tu dah sama dengan paras KL tower ke?. Hmm entahla. By the way its complicated. Masing-masing kena saling percaya mempercayai dan bertolak ansur. Hidup ini kita tidak tahu bila sampai penghujungnyer.. tup tup.. hmmm jangan menyesal nanti sudahla. apapun setiap orang mencari kebahagiaan diri masing-masing. Salahkah penting diri?. Salah ke kalau sayang orang tu tapi orang tu tak sayang kita ? Salah ke berkawan ramai berlawanan jenis?

Ada sesetengah orang itu sangat yakin apa yang dia buat di dalam kehidupan sehingga lupa untuk berpaling kembali melihat orang yang pernah dia singgah dalam kehidupan mereka. Mungkin dia terlupa selepas berjumpa dengan orang yang baru. Mungkin iye mungkin tidak. itu persepsi kita. persepsi yang salah mungkin. mungkin juga benar. Tetapi walau seribu pun anggapan yang kita fikirkan apa yang pasti kita kena memikirkan kehidupan diri kita sendiri dahulu dan mungkin segala masalah berpunca dari kita sendiri.Siapa tahu?

Cik Kila bukannya meyalahkan sesiapa. Tetapi Cik Kila tengah sakit sekarang ni. Sakit nk dapat baby. Hehehe my baby teeth.. uwwaaa.. Pain wooooo

p/s: Kenapa? Kenapa?

Monday 25 April 2011

Bertunang..berkahwin..beranak..bla..bla..

 Lepas sorang-sorang kawan-kawan cik kila.. bertunang.. kahwin.. ada anak pula tu..wawawa mcm jeles je ni. huhuhu walau dalam hati cakap. Baguslah. Tak jeles. Tak jeles. Ini bikin sentap sebab tadi  baru sorang aje kawan ckap. 'Ila, aku nak bertunang bulan 6 ni.'' huh.. baru kapel 3 bulan terus nak bertunang. Bertuah sungguh gadis itu. Alhamdulilah. Cik Kila? sabar-sabar.  Rilex dulu. Tapi hati seorang perempuan walaupun berkali-kali menafikannya tetapi masih lagi akan mengusik jiwa. Apatah lagi mendengar khabar kawan baik sendiri. wawawawa. Emak.. anakmu gatal nak kawen.. ngeh ngeh.

Time ni juga rasa tak mahu fikir panjang.Mahu aje menjerit dan menangis, mengadu kat  Encik Suami Masa Depan. ''I nak U datang meminang I sekarang juga''. Amboi. Waras tak tu. huhu. Apa-apa pun hidup kena fikir secara rasional. Banyak lagi yang kena fikirkan. Dahulukan apa yang lebih penting daripada perkara yang penting-penting. Sabar ye.

p/s: Orang cakap jodoh itu akan datang suatu hari nanti Insyallah.

Sunday 24 April 2011

Perasaan

orang cakap makan semut boleh lupa. so makan la semut banyak-banyak kalau nak lupakan perkara yang menyakitkan.. hahaha. ehhh.. kuih sarang semut pulun banyak-banyak pun still maintain apa.. eh eh.

p/s: apa ko melalut ni kila.. huahuahua..

Saturday 23 April 2011

Thursday 7 April 2011

Tertipu atau Rela Ditipu

                              I'M SORRY GOODBYE - Krisdayanti (Ku tidak rela ditipu)

Cik Kila tetiba terasa sedikit  pelik hari ini selepas membaca tentang masalah seorang  wanita  yang ditipu dengan kenalan barunya di facebook.  Ini bukan kes pertama tetapi banyak kali juga berlaku di Malaysia. Wow RM100 000 tu meh.. bkn sedikit.. aduhai.. korang ada? ada? mmm golongan wanita  ni memang suka ditipu atau memang tidak boleh berfikir logik. As usual always emotional then rational. –sigh-. Kalau sudah kena ayat2  power  @ manis terus jadi kucup2 kembang... patutla orang tua dulu2 cakap.. wanita ini seperti kerak nasi. Rendam dalam air lama-lama confirm jadi lembut.  Tiada pula pepatah tentang lelaki. Kenapa erk? ..hehehe Cik Kila bukan nak kondem melampau dengan  perempuan sebab cik Kila pun seorang perempuan dan faham naluri perempuan.  Tetapi kita tidak boleh menyalahkan satu pihak sahaja dalam hal ini. Dua-dua jantina kena bertanggungjawab. Lelaki pun kenalah jaga maruah diri janganlah menggatal nak guna duit perempuan.  Kalau hendak menjadi businessman yg berjaya pun jangan buat bzness jual  ayat-ayat cinta kepada wanita sebab sepandai2 tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua. Korang pergilah jual burger atau jual2 apa yang patut. Janji halal ok. Hmm..sifat perempuan ni mcm update status wall kat fb. Semua nanti orang akan tahu dan as usual masih lagi ada mereka yang berfikiran waras.  Waktu itulah korang akan merasa dunia ini kekurangan oksigen. Semoga perkara tipu-tipu ini dijauhkan. Nauzubillah min zalik. Semoga perkara ini dijauhkan dari keluarga kita dan semua orang yang kita sayang. Amin.


 p/s: Walaupun cinta tidak akan datang kalau tidak dicari, tidak akan dapat kalau tidak diberi tapi kenalah hati-hati  sebab sekarang ini duit bukanlah segala-galanyanya tetapi sekarang ini segala-galanya perlu duit. ~ Pesanan ikhlas untuk diri sendiri.. awak.. dan awak jua…

Monday 21 March 2011

Jaclyn Victor~ Bertamu Di Kalbu


Its really nice song.. hmmm layanzzzz.. dah berpuluh-puluh kali lagu ini Cik Kila putarkan. Kenapa malam ini terasa begitu syahdu. Malam yang sungguh syahdu.Aduhai.. hmm Adakah Cik Kila telah dipukau dengan lirik-lirik yang begitu puitis dalam lagu ini. =.='' . Sumpah! lagu ni memang berhantu. huhuhu -"Adalah sejarah jadi Saksi..Bulan Bintang menghangat kasih suci.. kitapun berpaut dan bersatu dalam bebayang mimpi berseri"... hmm tetiba -rasa macam nak jiwang karat hehehe.. adakah Cik Kila sudah teroverdose berlebih-lebih ni? Apapun.. ini merupakan mutiara kata yang begitu bermakna buat Cik Kila...dan apa yang pasti mungkin salah satu daripada mutiara kata di bawah juga mempunyai hubungkait dengan anda.. zassss layan.. hik :P

  1. Cinta sejati adalah ketika dia mencintai orang lain, dan kamu masih mampu tersenyum,(P/s : Saya doakan awak bahagia buat selama-lamanya.)  
  2.  Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi   kita. (p/s: awak.. semoga ALLAH melimpahkan Rahmat dan Kurnia-NYA untuk awak...)  
  3. Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mau mencuba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya. (p/s: Awak tahu..Saya masih lagi sayang awak....) 
  4. Perasaan cinta itu dimulai dari mata, sedangkan rasa suka dimulai dari telinga. Jadi jika kamu mahu berhenti menyukai seseorang, cukup dengan menutup telinga. Tapi apabila kamu cuba menutup matamu dari orang yang kamu cintai, cinta itu berubah menjadi titisan air mata dan terus tinggal dihatimu dalam jarak waktu yang cukup lama. (p/s: Awak... Saya....Rindu..rindu..rindu..)
  5.  Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai,  walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.(p/s: Aja-aja fighting.. chayook.. tiada erti putus asa) 
  6. Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia , lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya . Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya (p/s: Awak.. Saya Cintakan Awak sehingga hujung nyawa) 
  7. Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemudengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu. (p/s: Yang lepas adalah lepas.. kalau tiada yang lepas.. saya mungkin tidak menghargai awak) 
  8. Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat -Hamka ( p/s: Awak adalah inspirasi saya.. terima kasih awak..)
  9. Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat. (p/s: Awak tahu.. hari ini saya  sakit hati sangat-sangat.. tadi saya kena marah.. tapi bila awak SENYUM kat saya. Perasaan saya dah ok)
  10. Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya. (p/s: Awak.. awak dengar tak kata hati saya.. saya sayang awak sangat-sangat.. rindu awak sangat-sangat.. tapi sampai bila harus begini??)

p/s: Bila Cik Kila jiwang karat. ececece... -XOXO-