Monday 25 April 2011

Bertunang..berkahwin..beranak..bla..bla..

 Lepas sorang-sorang kawan-kawan cik kila.. bertunang.. kahwin.. ada anak pula tu..wawawa mcm jeles je ni. huhuhu walau dalam hati cakap. Baguslah. Tak jeles. Tak jeles. Ini bikin sentap sebab tadi  baru sorang aje kawan ckap. 'Ila, aku nak bertunang bulan 6 ni.'' huh.. baru kapel 3 bulan terus nak bertunang. Bertuah sungguh gadis itu. Alhamdulilah. Cik Kila? sabar-sabar.  Rilex dulu. Tapi hati seorang perempuan walaupun berkali-kali menafikannya tetapi masih lagi akan mengusik jiwa. Apatah lagi mendengar khabar kawan baik sendiri. wawawawa. Emak.. anakmu gatal nak kawen.. ngeh ngeh.

Time ni juga rasa tak mahu fikir panjang.Mahu aje menjerit dan menangis, mengadu kat  Encik Suami Masa Depan. ''I nak U datang meminang I sekarang juga''. Amboi. Waras tak tu. huhu. Apa-apa pun hidup kena fikir secara rasional. Banyak lagi yang kena fikirkan. Dahulukan apa yang lebih penting daripada perkara yang penting-penting. Sabar ye.

p/s: Orang cakap jodoh itu akan datang suatu hari nanti Insyallah.

Sunday 24 April 2011

Perasaan

orang cakap makan semut boleh lupa. so makan la semut banyak-banyak kalau nak lupakan perkara yang menyakitkan.. hahaha. ehhh.. kuih sarang semut pulun banyak-banyak pun still maintain apa.. eh eh.

p/s: apa ko melalut ni kila.. huahuahua..

Saturday 23 April 2011

Thursday 7 April 2011

Tertipu atau Rela Ditipu

                              I'M SORRY GOODBYE - Krisdayanti (Ku tidak rela ditipu)

Cik Kila tetiba terasa sedikit  pelik hari ini selepas membaca tentang masalah seorang  wanita  yang ditipu dengan kenalan barunya di facebook.  Ini bukan kes pertama tetapi banyak kali juga berlaku di Malaysia. Wow RM100 000 tu meh.. bkn sedikit.. aduhai.. korang ada? ada? mmm golongan wanita  ni memang suka ditipu atau memang tidak boleh berfikir logik. As usual always emotional then rational. –sigh-. Kalau sudah kena ayat2  power  @ manis terus jadi kucup2 kembang... patutla orang tua dulu2 cakap.. wanita ini seperti kerak nasi. Rendam dalam air lama-lama confirm jadi lembut.  Tiada pula pepatah tentang lelaki. Kenapa erk? ..hehehe Cik Kila bukan nak kondem melampau dengan  perempuan sebab cik Kila pun seorang perempuan dan faham naluri perempuan.  Tetapi kita tidak boleh menyalahkan satu pihak sahaja dalam hal ini. Dua-dua jantina kena bertanggungjawab. Lelaki pun kenalah jaga maruah diri janganlah menggatal nak guna duit perempuan.  Kalau hendak menjadi businessman yg berjaya pun jangan buat bzness jual  ayat-ayat cinta kepada wanita sebab sepandai2 tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua. Korang pergilah jual burger atau jual2 apa yang patut. Janji halal ok. Hmm..sifat perempuan ni mcm update status wall kat fb. Semua nanti orang akan tahu dan as usual masih lagi ada mereka yang berfikiran waras.  Waktu itulah korang akan merasa dunia ini kekurangan oksigen. Semoga perkara tipu-tipu ini dijauhkan. Nauzubillah min zalik. Semoga perkara ini dijauhkan dari keluarga kita dan semua orang yang kita sayang. Amin.


 p/s: Walaupun cinta tidak akan datang kalau tidak dicari, tidak akan dapat kalau tidak diberi tapi kenalah hati-hati  sebab sekarang ini duit bukanlah segala-galanyanya tetapi sekarang ini segala-galanya perlu duit. ~ Pesanan ikhlas untuk diri sendiri.. awak.. dan awak jua…