Thursday 7 April 2011

Tertipu atau Rela Ditipu

                              I'M SORRY GOODBYE - Krisdayanti (Ku tidak rela ditipu)

Cik Kila tetiba terasa sedikit  pelik hari ini selepas membaca tentang masalah seorang  wanita  yang ditipu dengan kenalan barunya di facebook.  Ini bukan kes pertama tetapi banyak kali juga berlaku di Malaysia. Wow RM100 000 tu meh.. bkn sedikit.. aduhai.. korang ada? ada? mmm golongan wanita  ni memang suka ditipu atau memang tidak boleh berfikir logik. As usual always emotional then rational. –sigh-. Kalau sudah kena ayat2  power  @ manis terus jadi kucup2 kembang... patutla orang tua dulu2 cakap.. wanita ini seperti kerak nasi. Rendam dalam air lama-lama confirm jadi lembut.  Tiada pula pepatah tentang lelaki. Kenapa erk? ..hehehe Cik Kila bukan nak kondem melampau dengan  perempuan sebab cik Kila pun seorang perempuan dan faham naluri perempuan.  Tetapi kita tidak boleh menyalahkan satu pihak sahaja dalam hal ini. Dua-dua jantina kena bertanggungjawab. Lelaki pun kenalah jaga maruah diri janganlah menggatal nak guna duit perempuan.  Kalau hendak menjadi businessman yg berjaya pun jangan buat bzness jual  ayat-ayat cinta kepada wanita sebab sepandai2 tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua. Korang pergilah jual burger atau jual2 apa yang patut. Janji halal ok. Hmm..sifat perempuan ni mcm update status wall kat fb. Semua nanti orang akan tahu dan as usual masih lagi ada mereka yang berfikiran waras.  Waktu itulah korang akan merasa dunia ini kekurangan oksigen. Semoga perkara tipu-tipu ini dijauhkan. Nauzubillah min zalik. Semoga perkara ini dijauhkan dari keluarga kita dan semua orang yang kita sayang. Amin.


 p/s: Walaupun cinta tidak akan datang kalau tidak dicari, tidak akan dapat kalau tidak diberi tapi kenalah hati-hati  sebab sekarang ini duit bukanlah segala-galanyanya tetapi sekarang ini segala-galanya perlu duit. ~ Pesanan ikhlas untuk diri sendiri.. awak.. dan awak jua…

No comments:

Post a Comment