Monday 21 March 2011

Jaclyn Victor~ Bertamu Di Kalbu


Its really nice song.. hmmm layanzzzz.. dah berpuluh-puluh kali lagu ini Cik Kila putarkan. Kenapa malam ini terasa begitu syahdu. Malam yang sungguh syahdu.Aduhai.. hmm Adakah Cik Kila telah dipukau dengan lirik-lirik yang begitu puitis dalam lagu ini. =.='' . Sumpah! lagu ni memang berhantu. huhuhu -"Adalah sejarah jadi Saksi..Bulan Bintang menghangat kasih suci.. kitapun berpaut dan bersatu dalam bebayang mimpi berseri"... hmm tetiba -rasa macam nak jiwang karat hehehe.. adakah Cik Kila sudah teroverdose berlebih-lebih ni? Apapun.. ini merupakan mutiara kata yang begitu bermakna buat Cik Kila...dan apa yang pasti mungkin salah satu daripada mutiara kata di bawah juga mempunyai hubungkait dengan anda.. zassss layan.. hik :P

  1. Cinta sejati adalah ketika dia mencintai orang lain, dan kamu masih mampu tersenyum,(P/s : Saya doakan awak bahagia buat selama-lamanya.)  
  2.  Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi   kita. (p/s: awak.. semoga ALLAH melimpahkan Rahmat dan Kurnia-NYA untuk awak...)  
  3. Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mau mencuba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya. (p/s: Awak tahu..Saya masih lagi sayang awak....) 
  4. Perasaan cinta itu dimulai dari mata, sedangkan rasa suka dimulai dari telinga. Jadi jika kamu mahu berhenti menyukai seseorang, cukup dengan menutup telinga. Tapi apabila kamu cuba menutup matamu dari orang yang kamu cintai, cinta itu berubah menjadi titisan air mata dan terus tinggal dihatimu dalam jarak waktu yang cukup lama. (p/s: Awak... Saya....Rindu..rindu..rindu..)
  5.  Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai,  walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.(p/s: Aja-aja fighting.. chayook.. tiada erti putus asa) 
  6. Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia , lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya . Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya (p/s: Awak.. Saya Cintakan Awak sehingga hujung nyawa) 
  7. Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemudengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu. (p/s: Yang lepas adalah lepas.. kalau tiada yang lepas.. saya mungkin tidak menghargai awak) 
  8. Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat -Hamka ( p/s: Awak adalah inspirasi saya.. terima kasih awak..)
  9. Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat. (p/s: Awak tahu.. hari ini saya  sakit hati sangat-sangat.. tadi saya kena marah.. tapi bila awak SENYUM kat saya. Perasaan saya dah ok)
  10. Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya. (p/s: Awak.. awak dengar tak kata hati saya.. saya sayang awak sangat-sangat.. rindu awak sangat-sangat.. tapi sampai bila harus begini??)

p/s: Bila Cik Kila jiwang karat. ececece... -XOXO-

No comments:

Post a Comment