Friday 18 March 2011

IMVU?!


Sekarang Cik Kila  dah macam addicted dengan IMVU. huhuhu Apa itu IMVU? untuk korang-korang yang belum tahu apa itu IMVU confirm pernah tengok ini kan?
 Ini yang Cik Kila dah terjebak. huhuhu.. manyak susah wooo .. sukar untuk melepaskan diri. IMVU ini merupakan satu jaringan sosial. Ini bermakna ia adalah satu permainan  di dalam bentuk 3D dan boleh berhubung dengan semua orang di seantero dunia. Ini bermakna boleh chatting sampai lebam. (@.@). Dalam  game ini  juga boleh berhias cun-cun cantik, beli kereta besar, rumah besar. Ahhum2 18SX pun ada.

kat Malaysia boleh macam ini ke?

                                                    Suka tengok bangunan-bangunan di dalam ini.

Tapi semua ini adalah dunia fantasi @ khayalan. Sudah terjebak memang susah nak lepaskan diri. Wake uppppp Kila!!!Lalai...Lalai..Kadang-kadang sampai satu hari online ni. Dush..Dush (Kasihanilah lappyku)

Tapi yang bestnya di dalam ini Cik Kila dah jumpa kawan-kawan baru. Boleh share masalah, minta nasihat, dan apa-apa sahaja. Share tips pun boleh. hehe. So Im not lonely anymore.Sahabat-sahabat baruku:


                                             Bro, Sis Ver, Bro Wan & Sis Ell

                                             Cik Kila punya best friend's Wedding

Tapi seperti biasa permainan dari barat comfirm gaya hidup pun seperti di barat. Pernah lepak club malam? Pernah.  Boleh dengar lagu sambil berchit-chat lagi. (Anak Mak bukan pergi lepak real ok!)

Tapi apa yang paling tidak best ramai budak sekolah makin terjebak dengan game ini. Ini gaya hidup bebas.  Jadi jangan amalkan ini pula di luar sana dan  yang penting kena pandai jaga diri. Sebab kita ini orang Islam dan  sebagai orang Melayu juga sememangnya penuh dengan adat dan sopan. Apa yang Cik Kila perhatikan juga di dalam ini ramai sahaja yang Hipokrit, Berdrama dan Bla..bla.. Sampai ID berlambak2 konon nak skodeng seseorang itu. Whats your problem ok?! Memang kadang-kadang sampai melarat ke dunia real. Yang pasti semua kena hati-hati. Jangan sampai melalaikan. Jangan sampai terjebak dengan sexmaniac  atau pisau cukur yang semestinya ada dimana-mana. Watch OUT gurls & Boys!!

p/s: Please Love Yourself 1st! Jangan..Jangan.. (Masih lagi belajar manage diri sendiri)



No comments:

Post a Comment