Monday 21 March 2011

Bila Usia Wanita Meningkat.. Orang sekeliling Pula Serius..Why? why?

Kenapa orang sekeliling perlu serius?Aduhai.. ye la macam Cik Kila pada hari ini rasa panas aje telinga.. panas aje hati.. macam membara sangat2. walaupun cuaca di luar begitu mendung dan angin bertiup sepoi-sepoi bahasa pada ketika ini. Chewaahhh.. :P Hati Cik Kila sedikit terusik pada hari ini disebabkan beberapa soalan yang dikemukakan oleh seorang adik @ junior @ a girl not yet a woman ini kepada diriku atau bahasa saintifiknya seorang remaja ( remaja adalah seseorang yang berusia 16-24 tahun). Macam biasa waktu tengah membasuh kain di hostel (baik punya sental) tetiba ada seseorang senyum kat Cik Kila. Cik Kila macam biasa la senyum la balik. Dia pun bertanya "Ini akak yang jual tudung erk?''. Cik Kila pun menjawab "Ye, nak beli tudung ke?!'' hehe.. Adik tu sengih pastu menggelengkan kepala. Lepas itu dia tanya lagi, soalan ni bikin Cik Kila sentap terasa hati "Akak ni larat lagi sambung belajar ye? Kenapa tak kerja terus? ataupun kahwin aje? tak silap mesti umur akak sudah lebih 25 tahunkan?"'. Aduhai adakah Cik Kila nampak tua sangat? Yang budak ni pun satu tetiba sahaja busybody kenapa?! Cik Kila belajar bukan guna duit hang awak pun! kalau nak kerja.. awat ada kerja untuk Cik Kila ke? yang pasal kahwin pula, ada calon macam yang senarai kat bawah tak?

   manis + kelakar?!


                                          handsome+baik budi pekerti?!


                                              Romantisssssss 


dan yang paling akhir. Ada tak pakej macam ni?
                                Semua pakej di atas + ala2 The ROCK!

Tiada?! so maaf la ye. hehehe. Hmm Cik Kila just hanya  jawab kat junior itu. Itu semua kerja yang di atas. Rezeki dan jodoh masing-masing. Yang Di Atas sudah menentukannya. Kita hanya merancang Tuhan yang menentukan. Betul tak? Tapi tanpa usaha tiada la kejayaan. Chewaah macam tak percaya Cik Kila jawab macam itu.Walaubagaimanapun sebelum hendak menanyakan sesuatu baiklah fikir secara mendalam dahulu. Jangan buat sesiapa kecil hati. Kadangkala semua orang sudah cukup syarat-syaratnya tetapi memilih jalan hidupnya yang sendiri dan berbeza dengan orang lain pasti ada sesuatu sebab dan alasan yang munasabah. Please jangan sakitkan hati seseorang dengan pelbagai pertanyaan yang bikin sentap especially berkaitan kehidupan. Lebih-lebih lagi kalau pertanyaan itu ditanyakan kepada seseorang perempuan  kerana perempuan ini adalah lebih emotional dari rasional. What turns around will comes around babe!

.
p/s: Family Cik Kila pun tak bising ok. Zaman dah berubah.......


 

1 comment: